Sunday, August 23, 2015

recipe sushi senang!!!

Assalamualaikum .. so today jia nak share recipe sikit. Its sushi !!! Senang je buat sushi ni gais, takde lah susah sangat and and and lagi berbaloi especially for sushi lover like me. So pasni kalau rasa nak makan sushi bolehlah terus buat, kalau asyik nak beli je boleh pengsan la mokcik.. huhuhu
so kawan, bahan- bahan nak buat sushi is


1.      Beras jepun. kalau jia, jia guna yg jenama sumo ni tp mahal sikit la dari beras sushi yg lain. Kalau yg baru2 nak try buat, boleh beli paket kecik yg 1kg tu.. price dalam rm10.90 and boleh dapat dekat pasaraya2 besar like giant ke, tesco ke etc la.. kedai runcit biasa setakat ni jia tak jumpa.. hihi *dijamin halal don’t worry J  . 
       
       Second is, Cuka. Untuk cuka jia pakai cuka sayuran ni. Boleh pkai cuka epal, abang jia ckp lagi sedap tp sebab nak save bujet kan, so jia beli yg ni je .. beli botol kecik je tau sebab guna sikit je cuka ni, just nak bg rasa masam2 sikit dekat nasi tu.


1     Yang ketiga is telur, mayonis, timun jepun, crab stick, sosej. Ok bahan ni semua untuk inti die. Actually depend jugak korang nk letak apa macam sotong ke, ikan salmon ke, telur ikan salmon ke anything la. Yang jia buat ni simple je..
  
  
Yang keempat is seaweed. And the last one is sushi mat. paling penting untuk gulung sushi nanti. Ada je jual benda alah ni kat mana2, yg ni jia beli dekat mr DIY rm1 je sekeping gais.

Cara – cara nak buat.

1.      Masak beras jepun tu guna rice cooker. Cara masak and sukatan air sama je macam masak nasi. Jia nak buat sikit je so jia masak 2 pot kecik je. Dapatlah dalam 4 roll sushi.
2.      Sambil tunggu beras masak, rebus la crab stik, sosej and telur (2 biji cukup untuk 2pot beras).
3.      Sambil tu jugak boleh lah potong timun jepun panjang macam ni, buang isi die tau jangan lupa.


4.      Bila crab stick and sosej dah siap masak, potong panjang2 jugak.


5.      Untuk telur tu, bolehlah kupas kulit die and hancurkan (guna garpu je) sambil campur mayonis dalam 2 sudu besar. Kalau nak lebih pun boleh.


1.      Ok selesai inti, kite beralih dekat nasi yg dah masak tu. Bila nasi dah masak, keluarkan and gaul dengan cuka. Sikit je tau, dalam satu sudu besar cukup. Just nak rasa2 masam sikit je.

*Tangan lelaki sebab menggila dengan abang dekat dapur lulz

2.      Ok pastu letak seaweed (yang licin luar, yang kasar dalam k) atas sushi mat, ratakan macam ni and letaklah segala inti yang ada.


3.      Then gulung bagi mampat. Make sure mampat tau kawan-kawan kalau tak nanti potong tak cantik.
4.      Dah siap gulung bolehlah potong and makan.




5.      Kalau nak buat bentuk macam ni just potong seaweed tu sikit.

 Lilitkan dekat nasi yang dah dikepalkan tu. Make sure basahkan tangan dulu kalau tak nnt nasi tu melekat , susah nak kepalkan. Siap!!!!!
6.      Sedikit tips, time nak potong sushi tu, make sure pisau pun basahkan sikit.

Ok kawan2, inilah hasilnyeeee.. boleh makan dgn soy sauce or wasabi sedap tau. Kalau nak ala-ala sushi king sikit, buatlah air green tea .. hihihihi
Selamat mencuba gaiss J



















Tuesday, August 11, 2015

BSc (Hons) Applied Physics

Assalamualaikum..

Alhamdulillah after one year masih bernafas lagi blog ni.. huhuhu
so purpose post kali ni nak wish tahniah dekat adik-adik yang dapat tawaran to further their studies.. yang tak dapat jangan sedih. well, remember this my dear rezeki semua dapat, cuma cara je beza-beza. Bersangka baiklah dengan Allah ye...

Untuk adik- adik yang dapat offer UTHM tu, tak nak cakap banyaklah.. UTHM best!!! ada library besar bentuk donut, ada masjid cantik bentuk bulan n bintang kalau tgk dri atas, ada abam pilot HAHA, ada macam-macam makanan so siapa yang food hunter tu sesuai sangat la duduk sini pasal kat sini banyak makanan korang boleh try. otak-otak, mee racun, mee bandung, nasi beriyani gam, tauhu bakar, mee udang, etc yg akan buat korang rasa "weyh ape tu tak penah try pon" (unless korang memang orang johor).

So, last year and this year ada lah beberapa orang junior add fb and tanya macam2 pasal UTHM and yg paling banyak tanya are those yg dapat tawaran degree in applied physics.(BSc Hons Applied Physics) Bunyi pun dah bosan huhuhu. Apa kos applied physics ni gais? confuse lah gaiss. nanti nak kerja apa gaiss? Sis pun blur2 jugak awal2 masuk dulu macam koranglah, tp lama2 ok lahh. Naik sem ni dah sem 5 tahun 3.. alhamdulillah~

So adik-adik (adiklah, sebab hakak pun nk cecah 21taon dah lg 2 hari lulz) , first thing u have to do is bersyukur, whatever courses u get, thats the best for you percayalah. Jangan dengar sangat orang cakap amek certain kos ni tak de kerjalah nanti. Its all about rezeki dik so just go with the flow. Course Applied Physics (Fizik Gunaan) ni is one of the course under Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan insan (FSTPi). Tema fakulti kita warna oren pekat huhuhuhuh

Dalam FSTPi ni ade beberapa kos which is food tech, sains matematik, statistics and dengar cerita ada penambahan kos tahun depan wallahualam. Ofiz Fstpi ni kecil je dekat uthm sebab actually this course suppose to be at Pagoh campus. Tp sebab belum siap sepenuhnya, kite pun menumpang dulu dekat kampus induk yg besau ni. So tempoh pengajian depend on you course la, kalau AP (applied phisics) ni 4 Tahun which is 8 semesters. Praktikal time last sem nanti (sem yg ke 8) selama 6 bulan huhuhu. Final year project korang akan start sem 6 and 7 nanti.

Ok gaiss, maybe still tak nampak lg ape kerjaya korang in future. But dont worry, fizik ni boleh masuk banyak bidang termasuklah kesihatan. Tengoklah sekeliling kita, everything berkaitan dengan fizik. Senang cerita kerjaya kita adalah ahli fizik yayyyy future physicist gitu. we help engineer to solve problems. tp bak kata Dr KZ, Physicist is the best engineer lulz. Jangan risau pasal kerjaya sebab tahun 3 sem 6 nanti kita akan pilih major kos kita.

1. Health Physics
2. Material
3. Photonic

Nanti bila dah pilih majoring lagi la korang dpt gambaran kerjaya korang cenderung dekat mana. Kalau hakak, inshaAllah hakak pilih health physics sebab hakak tak minat kimia and electronic thingy lulz. Health physics banyak belajar pasal nuclear, atoms and everything dlm badan kita (biology) huhuhu

So tu jelah sedikit info pasal uthm and AP.. anything boleh lah tnye kat fb yerr huhu good luck gaiss