Sunday, August 23, 2015

recipe sushi senang!!!

Assalamualaikum .. so today jia nak share recipe sikit. Its sushi !!! Senang je buat sushi ni gais, takde lah susah sangat and and and lagi berbaloi especially for sushi lover like me. So pasni kalau rasa nak makan sushi bolehlah terus buat, kalau asyik nak beli je boleh pengsan la mokcik.. huhuhu
so kawan, bahan- bahan nak buat sushi is


1.      Beras jepun. kalau jia, jia guna yg jenama sumo ni tp mahal sikit la dari beras sushi yg lain. Kalau yg baru2 nak try buat, boleh beli paket kecik yg 1kg tu.. price dalam rm10.90 and boleh dapat dekat pasaraya2 besar like giant ke, tesco ke etc la.. kedai runcit biasa setakat ni jia tak jumpa.. hihi *dijamin halal don’t worry J  . 
       
       Second is, Cuka. Untuk cuka jia pakai cuka sayuran ni. Boleh pkai cuka epal, abang jia ckp lagi sedap tp sebab nak save bujet kan, so jia beli yg ni je .. beli botol kecik je tau sebab guna sikit je cuka ni, just nak bg rasa masam2 sikit dekat nasi tu.


1     Yang ketiga is telur, mayonis, timun jepun, crab stick, sosej. Ok bahan ni semua untuk inti die. Actually depend jugak korang nk letak apa macam sotong ke, ikan salmon ke, telur ikan salmon ke anything la. Yang jia buat ni simple je..
  
  
Yang keempat is seaweed. And the last one is sushi mat. paling penting untuk gulung sushi nanti. Ada je jual benda alah ni kat mana2, yg ni jia beli dekat mr DIY rm1 je sekeping gais.

Cara – cara nak buat.

1.      Masak beras jepun tu guna rice cooker. Cara masak and sukatan air sama je macam masak nasi. Jia nak buat sikit je so jia masak 2 pot kecik je. Dapatlah dalam 4 roll sushi.
2.      Sambil tunggu beras masak, rebus la crab stik, sosej and telur (2 biji cukup untuk 2pot beras).
3.      Sambil tu jugak boleh lah potong timun jepun panjang macam ni, buang isi die tau jangan lupa.


4.      Bila crab stick and sosej dah siap masak, potong panjang2 jugak.


5.      Untuk telur tu, bolehlah kupas kulit die and hancurkan (guna garpu je) sambil campur mayonis dalam 2 sudu besar. Kalau nak lebih pun boleh.


1.      Ok selesai inti, kite beralih dekat nasi yg dah masak tu. Bila nasi dah masak, keluarkan and gaul dengan cuka. Sikit je tau, dalam satu sudu besar cukup. Just nak rasa2 masam sikit je.

*Tangan lelaki sebab menggila dengan abang dekat dapur lulz

2.      Ok pastu letak seaweed (yang licin luar, yang kasar dalam k) atas sushi mat, ratakan macam ni and letaklah segala inti yang ada.


3.      Then gulung bagi mampat. Make sure mampat tau kawan-kawan kalau tak nanti potong tak cantik.
4.      Dah siap gulung bolehlah potong and makan.




5.      Kalau nak buat bentuk macam ni just potong seaweed tu sikit.

 Lilitkan dekat nasi yang dah dikepalkan tu. Make sure basahkan tangan dulu kalau tak nnt nasi tu melekat , susah nak kepalkan. Siap!!!!!
6.      Sedikit tips, time nak potong sushi tu, make sure pisau pun basahkan sikit.

Ok kawan2, inilah hasilnyeeee.. boleh makan dgn soy sauce or wasabi sedap tau. Kalau nak ala-ala sushi king sikit, buatlah air green tea .. hihihihi
Selamat mencuba gaiss J



















Tuesday, August 11, 2015

BSc (Hons) Applied Physics

Assalamualaikum..

Alhamdulillah after one year masih bernafas lagi blog ni.. huhuhu
so purpose post kali ni nak wish tahniah dekat adik-adik yang dapat tawaran to further their studies.. yang tak dapat jangan sedih. well, remember this my dear rezeki semua dapat, cuma cara je beza-beza. Bersangka baiklah dengan Allah ye...

Untuk adik- adik yang dapat offer UTHM tu, tak nak cakap banyaklah.. UTHM best!!! ada library besar bentuk donut, ada masjid cantik bentuk bulan n bintang kalau tgk dri atas, ada abam pilot HAHA, ada macam-macam makanan so siapa yang food hunter tu sesuai sangat la duduk sini pasal kat sini banyak makanan korang boleh try. otak-otak, mee racun, mee bandung, nasi beriyani gam, tauhu bakar, mee udang, etc yg akan buat korang rasa "weyh ape tu tak penah try pon" (unless korang memang orang johor).

So, last year and this year ada lah beberapa orang junior add fb and tanya macam2 pasal UTHM and yg paling banyak tanya are those yg dapat tawaran degree in applied physics.(BSc Hons Applied Physics) Bunyi pun dah bosan huhuhu. Apa kos applied physics ni gais? confuse lah gaiss. nanti nak kerja apa gaiss? Sis pun blur2 jugak awal2 masuk dulu macam koranglah, tp lama2 ok lahh. Naik sem ni dah sem 5 tahun 3.. alhamdulillah~

So adik-adik (adiklah, sebab hakak pun nk cecah 21taon dah lg 2 hari lulz) , first thing u have to do is bersyukur, whatever courses u get, thats the best for you percayalah. Jangan dengar sangat orang cakap amek certain kos ni tak de kerjalah nanti. Its all about rezeki dik so just go with the flow. Course Applied Physics (Fizik Gunaan) ni is one of the course under Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan insan (FSTPi). Tema fakulti kita warna oren pekat huhuhuhuh

Dalam FSTPi ni ade beberapa kos which is food tech, sains matematik, statistics and dengar cerita ada penambahan kos tahun depan wallahualam. Ofiz Fstpi ni kecil je dekat uthm sebab actually this course suppose to be at Pagoh campus. Tp sebab belum siap sepenuhnya, kite pun menumpang dulu dekat kampus induk yg besau ni. So tempoh pengajian depend on you course la, kalau AP (applied phisics) ni 4 Tahun which is 8 semesters. Praktikal time last sem nanti (sem yg ke 8) selama 6 bulan huhuhu. Final year project korang akan start sem 6 and 7 nanti.

Ok gaiss, maybe still tak nampak lg ape kerjaya korang in future. But dont worry, fizik ni boleh masuk banyak bidang termasuklah kesihatan. Tengoklah sekeliling kita, everything berkaitan dengan fizik. Senang cerita kerjaya kita adalah ahli fizik yayyyy future physicist gitu. we help engineer to solve problems. tp bak kata Dr KZ, Physicist is the best engineer lulz. Jangan risau pasal kerjaya sebab tahun 3 sem 6 nanti kita akan pilih major kos kita.

1. Health Physics
2. Material
3. Photonic

Nanti bila dah pilih majoring lagi la korang dpt gambaran kerjaya korang cenderung dekat mana. Kalau hakak, inshaAllah hakak pilih health physics sebab hakak tak minat kimia and electronic thingy lulz. Health physics banyak belajar pasal nuclear, atoms and everything dlm badan kita (biology) huhuhu

So tu jelah sedikit info pasal uthm and AP.. anything boleh lah tnye kat fb yerr huhu good luck gaiss







Saturday, July 27, 2013

resepi kek batik versi najihah yg buat ,,huhu

Well hello readers…
Assalamualaikum,,salam ramadhan..
Diam tak diam dah nak raya kan? Kuih raya dah buat? Dah beli? Im sure ramai yg beli.right? huhu.. hmm tak kesahlah,asalkan ade kuih raya tu baru feel sikit ye tak?
Hmm for this post, im going to share with u all about my resepi!!!! kek batik baq hang ! huhu
Actually aku ni tak pro lagi pun. In fact this is my first time nak try buat2 kuih, ddk  dapur like perempuan melayu terakhir .. cettt.. lg pun cuti2 before sambung study ni mcm bored sikit so why not we try something new.
Hmmm 1st thing 1st ! ape yg perlu ade? Of course lah bahan2 nak buah kek batik ni .. eh kejap2 ,, korang tau tak kek batik ni rupa die mcm mne? Jangan gelak, ade lg orang tak tau kek batik ni ape.macam2 depa dok bayang … hmm tak po, cek bg gambar noh. Hang tgk puas2 .. hehe




Ok bahan-bahan yg perlu ade?
biskut marie ( 350g)
½ buku butter
1 cawan serbuk koko
½ cawan milo
1 cawan air
¾ cawan gula
Ok kat bawah ni bahan2 nye..


Serbuk koko tu aku lebih suka jenama van houten.sebab coklat dia pekat sikit, tapi harga die pun mahal sikit .. keh3.

Cara2 untuk buat?

patah2kan biskut

terpulanglah nk patahkan 2 or 4.. kalau bg aku lg comel patah 4..huhuhu

dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula.

 Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut. macam gambar kat bawah ni.





masukkan butter,kacau sampai butter cair


kecilkan api, masukkan telur..yg dikacau oleh ayis ..huhu
kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)

masukkan dlm loyang..
tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

tp petua mama aku, die suruh letak susu pekat dalam 3 sudu time panaskan tu. Terpulanglah if korang nk ikut ke.. huhu

ok lah selamat mencuba ye .. :')
assalamualaikum...

Tuesday, July 2, 2013

SAWADIKAP ! Hatyai, i'm coming ..

assalamualaikum..hye hye.. lama tak update blog ni.Sepatutnya habis je matriks bulan 4 hari tu dah update.Banyak idea nak share.suka duka,happy moment lepas habis exam,habis lifestyle as JMCian.tp tak apalah.macam dah lama sangat nak update pasal benda alah tu.Biarlah semuanya disimpan as memory yang paling indah :). Well,actually nak share sikit pasal my holiday about a month ago.Baru ada time nk cot cet cot cet kat sini.well sorry guys.Here,im gonna share my experiences at Hatyai or maybe some tips for those out there yang rasa nak ke hatyai juga. :) Ok lets start dekat tempat emigration. K bukan nak kutuk ke apa,tapi this is reality.seriously this is my first time ke thai.so aku pun try la bayangkan macam mana lah thailand ni sebenarnya.aku bayangkan emigration dia pun se power emigration singapore.Apa lame sangat ak sama kan dua negara ni.i seriously respect singapore.Ok kita sambung balik.sampai je tempat emigration tu... jeng jeng jeng.... everything was revealed. nak cop passport kena turun dari kereta and beratur.dalam passport tu kena selit satu ringgit gua cakap ngan lu ! toilet die??? jangan cerita lah k.. even berbayar tapi same je,, worse toilet ak pernah pergi dalam dunia.kah3.. *evil tahap Z punya ketawa.tapi disebabkan memang tak tahan sangat,so layan jelah tandas tuuuuu .. so #danggggg ... to Thailand we go. perjalanan nak ke Hatyai lebih kurang 2 jam lah..tak termasuk time sesat..keh3 kenapa tak guna GPRS??? haaaa ni gua tak puas hati sikit,takdok line ok! even nak ber-bbm pun tak ada.bukan main semangat renew BIS cepat-cepat,rupanya dah sampai thai tak boleh nk bbm.hmmm k tak apalah.pusing punya pusing akhirnya sampailah ke tempat penginapan kami.TUNE HOTEL,HATYAI !!!!!
nampak tak?bukan nak tunjuk 7e tu.senanya nak tunjuk wayar elektrik yang berselirat tu.haha..syukur jadi rakyat malaysia k kawan-kawan.huhuhu
siapa pulak ni? huhu.. haaaa wa cakap lu.kat mana-mana,bersepah orang berniaga.yang lelaki ni aku tak sure dia jual apa.Dia dok jual2 time traffic light tgh merah.
haaa yang macam lori tapi kecik sikit tu orang panggil tuk tuk .. salah satu pengangkutan awam yang penting jugaklah kat thai ni.Kitorang travel kat hatyai naik benda alah ni je.senang ! huhu..
Ok this is me.tengah nak tunggu abang check in.. jangan ditegur muka gua yang tak bermaya ni.mana tak nyaaa.dari muar ke penang,penang ke kedah,kedah ke hatyai…fuhhh..tapi tengok..masih boleh tersenyum.. *nice
Ok ni muka heavan gila sebab Nampak katillll … huhuhuhuhu… aku duduk satu bilik dengan kak cik.. abang mal ofkos lah dengan wife dia aka kak ngah ak and satu lg bilik adalah bilik parents abang mal aku.so sad sebab parents aku tak dapat join sebab ada kursus haji . so overall? 3 bilik :)
ni la kak cik...die pun dah nampak muka happy dapat katil. bilik ok! toilet ok! selesa..cuma 1 yang tak memuaskan hati ini...tune hotel kat hatyai ni tak sediakan iron !!!!!! faham tak maksudnya apa? kalau nampak ada orang pakai tudung yang sama je,harap maklum k ! lalala ... ok!!!! our 1st trip tak habis macam tu je... kitorang sampai hatyai dalam pukul 4. so takkan nak habiskan masa berehat kat hotel je.membazir namanya tu. so abang decide lepas check in,angkat barang semua,kitorang terus gerak to our first destination ! hoooreyyyyyy.... :) Our first destination is PASAR TERAPUNG KLONGHAE.kitorang pergi naik tuk tuk .8 orang cukuplah satu tuk tuk tu.
Haaa yang atas tu aku and kak cik,comel je kan ? -_- *padahal dah serabai macam apa.tapi taka pa,wat lek,wat cool je K !  ..yang bawah pakai colour purple,ni lah kak ngah .. comel macam adik dia.. huaa
Ok yang ni dekat entrance pasar terapung. Yg dukung baby tu abang mal.pak ik kat belakang tu ‘tok abah’ ayah abang mal,n yang terlindung tu mak abang mal ..:)
Before sampai dekat pasar terapung tu,adalah ‘pasar tak terapung dekat tepi2.kira macam pasar malam jugaklah.harga????ok bab harga still ok.tak jauh beza sangat dari Malaysia and nak berjual beli tu ok lah sebab … err errr macam mana nak terang kan?? Hmmm 100 bath bersamaan 10 ringgit .. beza kosong je belakang tu. So? Faham2lah apa yang dimaksudkan dengan still ok tu..kah3..
Haaaa tu dia pasar terapungnya,,, tapi belum sampai lagi.ambil dari jauh je.nak kesana kena lepas jambatan macam yang dekat gambar bawah tu.agak scary jugak nak lalu situ.yelah,nak merentasi jambatan tu secara berjemaah! Ramai2! Orang lalu lalang kat situ.tapi wat lek jelah .. huhu Ok this time bergambar dengan kak ngah.sempat lagi posing sebelum nak naik jambatan scary tu.
Haaa bila dah seberang jambatan tu,ni laaa pemandangan kat pasar terapung tu dari dekat.kenapa nama pasar terapung??? Sebab orang2 yang berniaga tu semua duduk atas bot.jual atas bot.customer yang nk membeli just cakap nak beli apa n nanti die akan pas makanan tu. Nice kan?
Eh eh ,, kejap…apa yang kitorang pegang ni,siap ada straw lekat bunga orkid lagi..huhu..bekas tembikar tu je yang lebih,padahal air dalam tu air laici je haha… ok lah just 20 bath je (rm 2) macam air biasa dekat Malaysia jugak.tp ni ohsem sikit sebab bekas dia.huhuhu… nak letak air dalam bekas buluh pun boleh.just pilih.. (Y)
Ok yang ni letak dalam bekas buluh pulak.
Dalam 1 jam pusing-pusing dekat klonghae floating market,kitorang pun bergerak pulang naik tuk tuk yang sama.time tu ah nak dekat pukul 6 petang waktu thai la. Thai ni cepat sejam dari Malaysia. Sampai je hotel terus rehat2,bersihkan diri. Dalam pukul 8 malam baru kitorang keluar untuk makan malam and jalan-jalan dekat pasar malam yang ada berdekatan dengan hotel kami. Kalau tak silap nama pasar malam tu KIMYONG MARKET. Apa specialnya pasar malam ni? Hmmm apa ek? Macam pasar malam biasa tapi aku perasan banyak stall yang jual makanan bergoreng.udang goreng, ayang goreng, etc. tapi udang yang dijual tu bukan cikai punya udang wa cakap lu. Udang besar punya. Makan sekoq da kenyangg .. huhu.. haaa tengok ni
haaa nampakkan? ni dalam gambar memang tak ada perasaan . kalau tengok real? tak meleleh air liuq? huhu Makanan dekat sini tak adalah nak cakpa senang nak cari.tapi bolehlahh. Kena berjaga-jaga juga. gambar kat bawah ni saje jeee..huhu.. tengah sibuk jalan2 kat market tu.tetiba je ade show.ohsem betul budak ni...
Lepas seharian penat berjalan.terus balik hotel and berehat.get ready for our second day.  Day 2 Ok hari kedua kitorang gerak awal pg laaaa jugak.lepas breakfast terus cari tuk tuk untuk ke next destination. Our next destination is ICE DOME, HATYAI. Apa yang ada dekat sini? Haaa actually quite sama dengan ice walk dekat ICT. Pernah pergi tak? Tapi ada beza sikit. Kalau dekat ice room kita berjalan atas ice or salji laaa.. tapi dekat ice dome ni berjalan atas carpet. Suhu? -15 degree celcius !!!!!! fuhhhh .. tapi tak puas ati sebab tak keluar asap dekat mulut macam ala ala Korean drama gitu. Kalau ice room memang kompem kuar. Feeling overseas sikit..huahuahua. Ok ni nak share gambar.
This is the ticket .
Sempat lagi posing dengan scooter ni. Well look cute. Majority orang thai pakai motor ni. And apa yang aku perasan memang motor ni penting untuk diorang. Ada satu benda nak share, orang thai ni naik motor 3 – 4 orang satu motor tu dah jadi biasa dah. Diorang even ada teksi motor. Macam dekat indon tuuu ..
Our next destination? Lepas dah menggigil sejuk dalam ice dome, kitorang pun bergerak ke tempat yang hmm agak panas sebab time tengah hari kitorang sampai. Nama tempat tu CHANG PUAK CAMP, HATYAI . Apa yang ada dekat sini? Well, ada elephant ride, foot massage, archery and so on laaaa
Ayis n papa die

Foot massaging .

dua gambar kat atas ni gambar nak ke PANTAI SAMILA,HATYAI. kat ada patung mermaid macam dalam gambar tu. tu jelaaa. yang lain ade tempat jual2 macam biasa.
muka penat tahab gaban. banyak lagi gambar tapi takkan nak letak semua kan kan kan...
ok lah ,,, sampai petang nk ke malam jenjalan je kannn .. fuhhh penat memang penat .. tapi still enjoy. mestilah enjoy kannn.. nama pun holiday !!! huhu last day kitorang siap2 untuk pulang ke malaysia..huhuhu.. sempat lagi posing dengan dress yg baru beli malam tadi. tiga2 nak sama kan... just lain color je. actually dress tak dok lengan.cardigan pulak tak bawa. so kitorang buat ala ala palazo jer.catch this..
time on the way balik tu sempatlah singgah kat dannok . kat situ jual barang2 yang boleh dibuat oleh oleh bila balik nanti. huhu .. actually banyak lagi nak cerita . tapi macam panjang sangat pulak post kali ni . see ya later k .. see you guys next post .. yezzaaaaaa assalamualaikum