Sunday, August 23, 2015

recipe sushi senang!!!

Assalamualaikum .. so today jia nak share recipe sikit. Its sushi !!! Senang je buat sushi ni gais, takde lah susah sangat and and and lagi berbaloi especially for sushi lover like me. So pasni kalau rasa nak makan sushi bolehlah terus buat, kalau asyik nak beli je boleh pengsan la mokcik.. huhuhu
so kawan, bahan- bahan nak buat sushi is


1.      Beras jepun. kalau jia, jia guna yg jenama sumo ni tp mahal sikit la dari beras sushi yg lain. Kalau yg baru2 nak try buat, boleh beli paket kecik yg 1kg tu.. price dalam rm10.90 and boleh dapat dekat pasaraya2 besar like giant ke, tesco ke etc la.. kedai runcit biasa setakat ni jia tak jumpa.. hihi *dijamin halal don’t worry J  . 
       
       Second is, Cuka. Untuk cuka jia pakai cuka sayuran ni. Boleh pkai cuka epal, abang jia ckp lagi sedap tp sebab nak save bujet kan, so jia beli yg ni je .. beli botol kecik je tau sebab guna sikit je cuka ni, just nak bg rasa masam2 sikit dekat nasi tu.


1     Yang ketiga is telur, mayonis, timun jepun, crab stick, sosej. Ok bahan ni semua untuk inti die. Actually depend jugak korang nk letak apa macam sotong ke, ikan salmon ke, telur ikan salmon ke anything la. Yang jia buat ni simple je..
  
  
Yang keempat is seaweed. And the last one is sushi mat. paling penting untuk gulung sushi nanti. Ada je jual benda alah ni kat mana2, yg ni jia beli dekat mr DIY rm1 je sekeping gais.

Cara – cara nak buat.

1.      Masak beras jepun tu guna rice cooker. Cara masak and sukatan air sama je macam masak nasi. Jia nak buat sikit je so jia masak 2 pot kecik je. Dapatlah dalam 4 roll sushi.
2.      Sambil tunggu beras masak, rebus la crab stik, sosej and telur (2 biji cukup untuk 2pot beras).
3.      Sambil tu jugak boleh lah potong timun jepun panjang macam ni, buang isi die tau jangan lupa.


4.      Bila crab stick and sosej dah siap masak, potong panjang2 jugak.


5.      Untuk telur tu, bolehlah kupas kulit die and hancurkan (guna garpu je) sambil campur mayonis dalam 2 sudu besar. Kalau nak lebih pun boleh.


1.      Ok selesai inti, kite beralih dekat nasi yg dah masak tu. Bila nasi dah masak, keluarkan and gaul dengan cuka. Sikit je tau, dalam satu sudu besar cukup. Just nak rasa2 masam sikit je.

*Tangan lelaki sebab menggila dengan abang dekat dapur lulz

2.      Ok pastu letak seaweed (yang licin luar, yang kasar dalam k) atas sushi mat, ratakan macam ni and letaklah segala inti yang ada.


3.      Then gulung bagi mampat. Make sure mampat tau kawan-kawan kalau tak nanti potong tak cantik.
4.      Dah siap gulung bolehlah potong and makan.




5.      Kalau nak buat bentuk macam ni just potong seaweed tu sikit.

 Lilitkan dekat nasi yang dah dikepalkan tu. Make sure basahkan tangan dulu kalau tak nnt nasi tu melekat , susah nak kepalkan. Siap!!!!!
6.      Sedikit tips, time nak potong sushi tu, make sure pisau pun basahkan sikit.

Ok kawan2, inilah hasilnyeeee.. boleh makan dgn soy sauce or wasabi sedap tau. Kalau nak ala-ala sushi king sikit, buatlah air green tea .. hihihihi
Selamat mencuba gaiss J



















No comments:

Post a Comment